MIMPI SEORANG GADIS
Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,
Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan
api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan
kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu
ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut
perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.
Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR
TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....
......SEBARKANLA .......
WASSALAM!!!. .......
No comments:
Post a Comment