Thursday, February 27, 2014

Mari tilawah al kahfi di pagi jumaat

MARI TILAWAH AL-KAHF

Tadabbur surah al-Kahf.
Surah al-Kahf dimulakan dengan pujian terhadap kitabullah (ayat 1 & 2), menetapkan halatuju kehidupan manusia (ayat 2 & 3) dan kemudian memberi amaran kepada mereka yang melakukan syirik (ayat 4 & 5). Syirik ialah masalah terbesar yang melanda umat manusia. Dari kerana nya lah timbul nya permasalah2n yang lain.

Dan subhanallah, jika permulaan surah membicarakan tentang syirik yang nyata. Penutup surah ini pula membicarakan tentang syirik yang tersembunyi. Tentang niat2, dan kehendak2 yg lain daripada Allah. Bagaimana bukan hanya jasad itu sahaja yang tidak sujud kepada yang lain selain Allah, bahkan hati itu juga harus diikhlaskan hanya untuk Allah.
Dalam ayat terakhir ini juga ditegaskan tentang perlunya kita menetapkan matlamat yang agung, yakni saat pertemuan kita dengan Allah.

Dan, ketika kita merasakan ayat2 ini sungguh hebat dan indah, ayat yang sebelumnya pula menyatakan.. Ini hanya setitis dari lautan kebijaksanaan dan kehebatan Tuhanmu.. Bahkan tidak mampu diukur! Subhanallah.

Moga Allah memasukkan kita di kalangan hamba Nya yang ikhlas, benar dalam iman kita, benar dalam dakwah kita.

Jom Tilawah Surah al-Kahf.

Tuesday, February 4, 2014

Tazkirah part 15 - istiqamah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ

TAZKIRAH PAGI INI...
Istiqamah

Yang dimaksud istiqamah adalah menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri maupun ke kanan. Istiqamah ini mencakup pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir dan batin, dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya. Inilah pengertian istiqamah yang disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali.

Di antara ayat yang menyebutkan keutamaan istiqamah adalah firman Allah Ta’ala,

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqamah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.” (QS. Fushilat: 30)

Yang dimaksud dengan istiqamah di sini terdapat tiga pendapat di kalangan ahli tafsir:

1) Istiqamah di atas tauhid - sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Bakr Ash Shidiq dan Mujahid,
2)Istiqamah dalam ketaatan (dan menunaikan kewajiban Allah) - sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Al Hasan dan Qotadah,
3)Istiqamah di atas ikhlas (dan dalam beramal hingga maut menjemput) - sebagaimana dikatakan oleh Abul ‘Aliyah dan As Sudi.

Dari Abu ‘Amr atau Abu ‘Amrah Sufyan bin Abdillah, beliau berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِى فِى الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ – وَفِى حَدِيثِ أَبِى أُسَامَةَ غَيْرَكَ – قَالَ « قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ ».

“Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, ajarkanlah kepadaku dalam (agama) Islam ini ucapan (yang mencakup semua perkara Islam sehingga) aku tidak (perlu lagi) bertanya tentang hal itu kepada orang lain setelahmu [dalam hadits Abu Usamah dikatakan, "selain engkau"]. Rasulullah shallallahu ‘alaihi w a sallam bersabda, “Katakanlah: “Aku beriman kepada Allah“, kemudian beristiqamahlah dalam ucapan itu.”
Wallahu a'lam
- Hamba yg fakir....

Pada suatu hari

Hari ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yg kita suka. Selepas itu kita ke almari dan pilih baju apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka. Kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yg kita kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..

Selepas sembahyang kita boleh pergi kemana sahaja kita nak pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang ke rumah...

TETAPI... Suatu hari nanti...

Kita x mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..

Kita dah x boleh pakai pakaian yg kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita dah x boleh pergi mana2 KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaituTANAH PERKUBURAN...

diwaktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yg ada selama ni adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yg kita selama ini terpadaya dgn keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".

~Surah Al-'Asr.

P/s : silakan share kepada saudara se-ISLAM kita ..

Saturday, February 1, 2014

Tazkirah part 14 -akibat berbuat maksiat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAZKIRAH PAGI INI...
11 Akibat Berbuat Maksiat

1) Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

2) Maksiat mengahalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

3) Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

4) Maksiat Menjauhkan Pelakunya Dari Orang Lain
Terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

5) Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

6) Maksiat menggelapkan hati
Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan bada n, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

7) Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

8) Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit yg berpanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

9) Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan
Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

10) Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

11) Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat juga dapat memutuskan keinginan seseorang untuk bertaubat.

" Wahai hamba-hambakKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pemgampun, Maha Penyayang."
[39 : 53]

Wallahu a'lam
-Hamba yg fakir....

Popular Posts