Friday, January 31, 2014

Tazkirah part 13 - jenis bisikan hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي

TAZKIRAH PAGI INI...
4 Jenis Bisikan Hati (Wasiat Imam Ghazali)

1. Bisikan pertama dinamakan khatir خاطر (bisikan hati),datang daripada Allah SWT yang dipenuhi dengan kebaikan dan ianya adalah hujjah untuk kita.

2. Bisikan hati yang biasa diterima oleh manusia.

3. Bisikan daripada Malaikat Mulhin, bisikan membawa kebaikan,ianya adalah penasihat kepada kita yang boleh dipanggil juga إرشاد.

4. Bisikan syaitan yang dinamakan waswasah خاطر النفس merupakan keburukan yang menghalang kebaikan dan menyesatkan.

Ketahuilah sahabat yang dikasihi semua, ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk Islam. Mereka yang faqih dengan ajaran Islam, yang selalu berpesan pada kebenaran. Ia tidak pernah disedari sebati di dalam jiwa kita, terpalit seperti terpalitnya najis di kain putih yang sebelumnya tidak pernah dikotori.

Air mata yang insaf tidak mampu membersihkannya kerana hati sering mentaati bisikan mungkar yang mengajak mengulanginya. Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebatilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tetapi hatinya tidak pernah mengajak utk bersyukuri.

Jika terganggu di fikiran atau hati akan bisikan syaitan pada diri, maka berdoalah :

“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan”
“Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.
(Al-Mukminun :97-98)

Bila hati dikotori...mulalah bermain dgn emosi... maka timbullah ilusi nafsu nafsi... akhirnya berhalusinasi seakan beraksi... terdengar bisikan delusi...akhirnya ada yg mati !
Wallahu a'lam
-Hamba yg fakir....

Tazkirah part 12 - 3 perkara disukai

Tazkirah pagi yg morning....Pd suatu hari Rasulullah SAW duduk bersamasahabat2nya & bertanya kepada merekabermula di tanyakan kepada Sy Abu Bakar:"Apa yg kamu suka dr dunia ini?"Dan berkatalah Sy Abu Bakar ra."Aku suka dr dunia ini 3 perkara:1.Duduk2 bersama Rasulullah2.Melihat wajah Mu ya Rasullah3.Aku korbankan harta ku untuk Mu yaRasulullah "Lalu Rasulluah bertanya kepada Sy Umar ra."Bagaimana pula dg mu ya Umar?"Jawab Sy Umar"Ada 3 perkara juga yg aku suka:1.Membuat kebaikan wlaupun dlm keadaanmanusia tdk mengetahuinya.2.Mencegah kemungkaran wlaupun dlmkeadaan terang2an3.Berkata yg benar wlaupun pahit""Dan bgaimna pula dgnmu wahai Uthman?"Berkata Sy Uthman"Ada 3 perkara yg aku suka:1.Memberi makan2.Memberi salam3.Bersolat malam di waktu manusia tidur""Bagaimana pula dgn kamu wahai Ali?""Aku juga cintakan 3 perkara:1.Memuliakan tetamu2.Berpuasa di musim panas3.Dan memukul musuh dgn pedang"Kemudian bertanya Rasulullah pd Abu dzar."Apa yg kamu suka di dunia ini?"Berkata sy Abu Dzar"Aku suka 3 perkara di dunia ini:1.Lapar2.Sakit3.Mati"Kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa wahaiAbu Dzar?"Berkata Sy Abu Dzar, "Aku sukakn lapar keranautk membersihkn hati. Aku sukakn sakit krnuntuk mngurangkn dosa2 ku. Aku sukakn mautkerana utk bertemu Tuhanku"Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW"Aku cintakan dr dunia ini 3 perkara:1.Wangi2an2.Wanita yg solehah3.Sembahyang menjadi penyejuk hati ku"Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibrilas memberi salam pd Rasulullah & parasahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakn"Aku sukakn di dunia kamu ini 3 perkara:1.Menyampaikn risalah2.Menunaikan amanah3.Cinta terhadap org miskn"Kemudian malaikat Jibril naik ke langit &turun sekali lagi ke bumi & berkata"Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salamkepada kamu semua & Allah SWT berkata;Sesungguhnya Allah suka pd dunia kamu ini 3perkara:1.Lidah yg sentiasa berzikir2.Hati yg sentiasa khusyuk3.Jasad yg sabar menanggung ujian"

Thursday, January 30, 2014

Tazkirah part 11

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH PAGI INI...
Bergaul dengan baik

Antara ciri-ciri mukmin yg baik ialah baik dalam pergaulannya. Ia jinak dan menjinakkan, mesra dan memesrakan, dia gembira dan menggembirakan org lain dan dia bahagia serta membahagiakan org lain...

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), lemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
(HR. Tirmidzi)

Nabi Muhammad SAW seorang yg mempunyai kemahiran PR (Public Releationship) yg terbaik...Baginda sangat mudah mendekati dan didekati. Ada sesetengah daripada kita tak pandai mendekati dan tak suka pula didekati.

Kononnya rimas dan berperasangka orang hanya mahukan sebahagian harta kekayaannya. Sehingga membina tembok-tembok yg tinggi disekeliling rumah dan hatinya.

Wallahua'lam
-Hamba yg fakir...

Wednesday, January 29, 2014

JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI

Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"
Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☑Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil ?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?
☑Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? 
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku
lain?
☑kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?
☑Kenapa masjid semakin kecil ?
Tapi bar dan club? semakin besar?
☑Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS?
Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?
Pikirkan itu
☑Apakah anda akan memforward pesan ini?
☑Apakah anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan dengan yang
lain ?
Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."
Ada 2 pilihan untuk anda.
1. Biarkan didalam whatsapp anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. .
Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),
dia akan tetap memperoleh pahala.
SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ : 
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan 
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya 
✔ Kabulkan cita-citanya 
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
✔ Jauhkan dari segala Musibah 
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن 
Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

Monday, January 27, 2014

Tazkirah part 10 sum'ah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
TAZKIRAH PAGI INI...
Sum'ah
Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan kemudian menceritakan perbuatannya (sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya mengharapkan pujian yang sifatnya duniawi).    
Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan). Contoh : Malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa malam tadi dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim.
Contoh ayat "Malam tadi dalam pukul 2.30 pg aku dengar ada org yg seperti nak kopek rumah aku...masa tu aku tengah solat sunat tahajjud" Cerita seseorang pd rakannya...
Perbezaan riak dan sum’ah ialah: Riak adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan kepada orang lain.
Riak berkaitan dengan indra mata, sedangkan sum’ah berkaitan dengan indra telinga. Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat  riyak dan sum'ah ini:
يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ  آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُوْا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذَى كَالَّذِىْ يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ …
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia…” (Surah al-Baqarah ayat 264)

Friday, January 24, 2014

Tazkirah part 9

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

TAZKIRAH PAGI INI...
Kematian Adalah Sebaik-baik Tazkirah

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا من ذكر هاذم اللذات
(يعني الموت)
(رواه الترمذي وقال حديث حسن)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (iaitu mati).”
(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Mengingati mati adalah salah satu ubat kepada hati yang berkarat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hati manusia itu akan berkarat seperti mana karatnya besi. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimanakah hendak mengubatinya Ya Rasulullah? Maka Rasulullah SAW menjawab: Tilawah al-Quran dan sentiasa mengingati mati.”

Mengingati mati adalah pencuci hati yang paling berkesan. Dari sinilah kita akan memasuki pintu keinsafan dan kesedaran. Marilah kita sama-sama mengambil peluang yang disediakan untuk sentiasa memperbaharui iman sekali gus mempertingkatkannya. Dengan mengingati mati juga akan membuatkan kita membatalkan niat untuk melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..” kalau kita perhatikan, menjauhkan diri daripada membicarakan soal kematian adalah suatu tindakan yang kurang bijak. Hal ini kerana sejauh mana pun kita melarikan diri, maut itu tetep akan datang menjemput kita. Itu adalah sunnatullah yang tidak dapat kita nafikan dan lari daripadanya.

Mati juga adalah penutup dan pemutus segala-galanya. Mati akan melontarkan kita ke satu alam, yakni alam kubur, satu tempat transit, sebelum kita dibawa untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan dihitung dengan Mizan Allah. Namun ada tiga perkara di dunia yang masih kekal berhubung dengan kita selepas mati. Tiga perkara itu adalah:

1. Sedekah jariah yang kita lakukan, seperti membuat masjid, sekolah, jalan raya dan sebagainya.

2. Ilmu yang bermanfaat yang kita sebar dan ajarkan kepada orang lain dan ilmu tersebut terus diamalkan oleh orang lain.

3. Doa daripada anak-anak yang soleh.

Tiga amal ini akan sentiasa memenuhi kantung pahala kita, walaupun kita telah mati. Selagi mana tiga perkara itu berjalan dan terus digunakan, kita akan mendapat pahala seperti kita membuat amalan tersebut ketika masih hidup. Kematian ini ada dua jenis:

1. Husnul Khatimah (Penamat yang baik)
2. Su’ul Khatimah (Penamat yang buruk)

Mati secara husnul khatimah, yakni suatu kematian dalam keadaan beriman kepada Allah, dengan kehidupannya yang dedikasi mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Mati secara su’ul khatimah pula ialah mati dalam keadaan ingkar kepada Allah, dengan kehidupannya yang ingkar kepada perintah Allah dan melakukan segala yang Allah larang.

Jika kita, kita mahu mati yang bagaimana? Hidup itu memang, mati itu pasti. Adakah kita yakin kita boleh bernafas pada keesokan hari dan berbangga akan dosa pada hari ini? Saya tinggalkan persoalan ini buat semua agar kita mampu untuk bermuhasabah diri. Moga iman dan amal tertingkat demi meraih pengakhiran yang baik (husnul khatimah). Wallahu`alam.

p/s: Seorang pujangga ada berkata: “Kehidupan ini ibarat musafir yang berteduh sebentar di bawah sebatang pokok, apabila letihnya hilang, dia akan meneruskan perjalanannya.”

Monday, January 20, 2014

100 perkara dalam kehidupan

Seratus perkara Dalam Kehidupan yang baik di praktikan sebagai seorang islam

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..

Sunday, January 19, 2014

17 perkara menghalang azab kubur

17 perkara menghalang dari azab kubur

1-Berbakti kepada kedua ibu bapa.

2-Berwuduk.

3-Menjaga solat.

4-Berzikir kepada Allah SWT.

5-Berpuasa pada bulan Ramadhan.

6-Bersegera suci dari junub.

7-Menunaikan haji dan umrah.

8-Menyambung Silatul Rahim.

9-Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.

10-Berbudi pekerti mulia.

11-Takut kepada Allah SWT.

12-Mempunyai anak yang mati semasa kecil.

13-Berharap kepada Allah SWT-Tidak berputus asa.

14-Menangis kerana takutkan Allah SWT.

15-Bersangka baik kepada Allah SWT.

16-Berselawat kepada Rasulullah SAW.

17-Memperbanyakkan sebut ” La Ila Illallah “

Saturday, January 18, 2014

12 pahala eksklusif untuk kaum hawa

12 Pahala Yang Hanya Eksklusif Untuk Kaum Wanita Sahaja

(Sampaikan berita gembira ini pd isteri kamu, anak perempua kamu dan ahli keluarga perempuan kamu)

Ada dua perkara yang melekat pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara berkesan  oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. Berikut ini beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.

Pertama
Seorang wanita yang soleh lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh, tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 1000 lelaki yang buruk akhlaknya.

Kedua
Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah, ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad.

Ketiga
Seorang wanita yang sedang hamil, lalu dia menunaikan solat 2 rakaat maka kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Keempat
Seorang wanita yang meninggal dunia dalam rentang waktu 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala seperti halnya seorang lelaki gugur syahid.

Kelima
Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, bahkan memujuknya, ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

Keenam
Jika pada malam hari seorang wanita tidak dapat tidur kerana mengurus anaknya yang sakit, Allah akan memberinya ganjaran sepadan dengan usaha memerdekakan 20 orang budak.

Ketujuh
Seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusui anaknya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah selama 12 tahun.

Kelapan
Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir, Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar Ka’bah.

Kesembilan
Seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah, dan ia ikhlas untuk menanggung barangkali penderitaan kerana ditinggal suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya, dan wanita itu menanti di pintu surga.

Kesepuluh
Seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat “Bismillahirrahmanirrahim”, maka Allah akan memberikan keberkahan rezeki bagi penduduk rumah tersebut.

Kesebelas
Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke surga dari pintu mana saja yang ia sukai.

Keduabelas
Ketika nanti di surga, semua penghuni surga akan menemui Allah dengan frekuensi tergantung dari kuantitas dan kualitas amalnya di dunia. Tapi, bagi seorang wanita yang memelihara dirinya dari pandangan laki-laki yang bukan mahramnya, Allah sendiri yang akan menemuinya. Namun jika wanita itu memandang pria yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat, Allah akan mengutuk wanita itu.

wallahualam.

Tuesday, January 14, 2014

SEANDAI RASULLULAH MASIH ADA

Andai ditakdirkan Tuhan, Rasulullah s.a.w. masih lagi hidup di ketika ini. Dan andainya baginda khabarkan pada kita bahawa baginda akan datang berkunjung ke rumah kita. Apakah perasaan kita di waktu itu? Andainya waktu kunjungan baginda telah pun tiba. Bahkan baginda sudah pun berada di hadapan pintu rumah kita dan salam pun sudah diberikan. Bagaimana perasaan kita dengan kehadiran baginda?
Apakah kita merasa amat bertuah menerima tetamu yang juga Kekasih Allah? Apakah hati kita akan begitu terharu menerima salam dari seorang Rasul penyelamat ummah? Apakah akan kita biarkan salam itu tidak berjawab sebanyak dua kali, lantaran mahu mendengar suara baginda yang suci?
Atau……..apakah perasaan kita berkecamuk di waktu itu dan kita mula menggelabah? Kerana kita baru teringatkan himpunan majalah-majalah hiburan di sudut kaki meja di ruang tamu rumah kita. Majalah yang kulit mukanya penuh dengan aksi-aksi wanita dan lelaki yang terbuka auratnya. Bagaimana kalau Nabi nanti terpandang. Tentu malu kita dibuatnya.
Kita juga teringat akan deretan VCD di sisi TV. Harus kita sorokkan juga kerana hampir semua filem itu,  tidak sesuai ditonton oleh umat seperti kita. Ada filem-filem yang berunsur lucah yang tersusun rapi di situ. Kalaulah Nabi nanti bersuara, mana mahu disorokkan muka. Apa alasan yang akan kita berikan jika nanti Nabi bertanya?
Kita terpandang poster-poster penyanyi wanita dan lelaki yang seksi di belakang pintu. Apakah akan kita biarkan ia tergantung di situ, sehingga nanti terpandang oleh Nabi? Di bilik tidur pun masih banyak lagi yang kita tampalkan. Apakah yang harus dijawab bila nanti Nabi bertanya mengapa poster seperti itu yang kita puja?
Kita jadi semakin gawat bila kita mula teringatkan rak-rak buku yang kita letakkan di tepi dinding, hanya dipenuhi dengan buku-buku cerita cinta yang telah menjadi koleksi kita sekian lama. Tak ada satu pun buku bercorak agama. Malah Al Quran. Ya, di mana Al Quran yang pernah ibu bekalkan sewaktu kita berangkat meninggalkan kampung 2 tahun yang lalu? Di mana kita simpan? Dan di manakah harus kita humbankan semua koleksi buku cinta yang lebih kita sayangi daripada Al Quran Kalam Tuhan?
Perasaan kita semakin cemas, bila kita baru teringat bahawa kita di waktu itu hanya berseluar pendek atau kepala kita langsung tidak bertutup. Kita mula masuk semula ke bilik. Semua almari kita buka demi mencari sehelai tudung yang pernah diberi oleh seorang kawan satu ketika dahulu. Di mana tudung tu? Kita semakin gelabah. Tudung yang satu itu tidak kita jumpai. Tak kan kita nak sambut Nabi dalam keadaan aurat terbuka?
Kita pun jadi kaget, bila seluar panjang kita semua masih berada di jemuran. Hanya itu sahajalah yang ada. Itu pun kita gunakan untuk pergi ke kelas atau pejabat. Biasanya kita hanya berseluar pendek. Kain pelikat, kita mula teringat. Tapi puas kita cari namun sehelai pun tidak kita temui. Baru kita tersedar. Selama ini jarang sangat kita bersembahyang.
Hati kita mula menduga-duga. Bagaimana nanti bila Ar Rasul bertanya tentang sembahyang. Apa yang harus kita jawab? Sudah berbelas tahun kita tak sujud pada Tuhan. Kalau ada pun hanya dua kali setahun iaitu pada Hari Raya.
Ah! Terlalu banyak yang perlu kita lakukan hanya untuk menyambut kedatangan seorang Kekasih Tuhan. Lalu kita membuat keputusan untuk hanya mendiamkan diri. Biarlah salam Nabi tidak berjawab. Biarlah baginda berdiri berlama-lama di depan pintu. Nanti bila dah penat tentu sahaja baginda berlalu pergi. Biarlah Nabi tak datang ke rumah sampai bila-bila. Biarlah Nabi tak datang berziarah. Dan akhirnya Nabi pun pergi bila tiga salamnya tidak bersambut.
Tapi nak dijadikan cerita, pada ketika yang lain, sewaktu kita sedang berjalan-jalan dengan seorang wanita yang kononnya buah hati yang kita cintai. Sambil berjalan berpegang tangan. Sambil berjalan bermesra-mesraan. Bergelak tawa, bersenda gurauan. Tiba-tiba kita terserempak dengan Nabi Junjungan Tuhan.
Lalu kita ditanya Nabi, siapakah perempuan yang berada di sisi. Apakah yang harus dijawab. Apakah harus kita bohongi Rasul Tuhan dengan mengatakan ia adalah isteri kita? Atau kita akan terus menolak si wanita jauh ke tepi, lantas kita terus menghilangkan diri? Ataupun kita, tanpa segan dan silu, akan terus tersenyum pada Nabi, sambil tangan kita memeluk erat si wanita yang berada di sisi?
Seandainya ditakdirkan Nabi masih hidup. Dan baginda melihat umat yang namanya dibibir baginda sewaktu baginda menghembuskan nafas terakhirnya, hidup dengan jalan yang tidak selari dengan ajarannya. Baginda bergadai nyawa untuk mempertahankan agama Tuhan. Baginda rela hidup dalam kelaparan demi kebaikan umat akhir zaman. Tapi kini, umat yang baginda kasihi telah menfitnah dan mendustakan diri baginda sendiri.
Tidak pernah baginda mengajar umatnya bermaksiat tapi kini umat yang dikasihi langsung tidak menghargai diri baginda. Pengorbanannya selama ini langsung tidak dihargai. Dirinya langsung tidak diingati. Walau lidah mengucap syahadat, tapi amal mereka penuh dengan maksiat. Andainya Nabi masih ada, pasti bergenang air mata suci baginda. Melihat umat yang ditinggalkan, terus leka dengan dunia.
Andainya Rasul masih ada. Bayangkanlah apa perilakumu, bila ditakdirkan Nabi datang bertamu. Apakah engkau akan bersikap hipokrit di hadapannya atau engkau terus dengan perangai harianmu sehingga hancur hati baginda. Andainya Rasul masih ada…..

Saturday, January 11, 2014

RENUNGAN BERSAMA PART 1

RENUNGAN BERSAMA

1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah

Friday, January 10, 2014

MANUSIA IBARAT SATU BOTOL

Petikan Bayan malam markaz Madinah malam tadi: "Manusia ini ibarat seperti satu botol..botol yg sama kalau di isi air mineral,harganya 1 riyal..kalau di isi jus,harganya jd 10 riyal..kalau di isi Madu yaman,akan jd 200 riyal..kalau di isi minyak wangi odd,akan jd 1000 riyal..kalau di isi air longkang,akan di buang dalam tong sampah kerana langsung xde harga dan xde siapa yg suka...Botol yg sama tp harganya berbeza sb isi dalam nya berharga..manusia semua sama, yg membezakan nya adalah iman n amal dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH..atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu di buang dalam neraka..

Thursday, January 9, 2014

KUCING SEBAGAI GURU

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang  Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. .... Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk  kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. !
Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal. Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita.
Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang...
Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
Oleh
Uztaz Azhar Idrus

Popular Posts