Saturday, December 28, 2013

Penjual laksa beras dan visinya

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras, pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, "Duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar."

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal mengelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.
Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.

Sunday, December 22, 2013

Solat

SOLAT : JOM SHARE

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Tuesday, December 17, 2013

Tazkirah no 8 -apa yang cari

Tazkirah zohor@ 15 dec2013:

Copy by Ibnu Batoota
~Kebanggaan Ibu~

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai pembaca madahku ini...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?

Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

"Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...

Bahkan nak kencing berak kat tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....

Totally damn useless...

"Pujian" itu nilainya lebih rendah daripada najis dalam tandas...

Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama...

"Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah banggakan....

Maka aku menyeru, tak kiralah korang ni budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...

Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...

Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...

Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

Aku menangis untuk diriku,
Kerana aku hidup ketika zaman itu,
Bukan kerna aku salahkan zaman,
Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

Memang aku tak mampu mengubah umat...
Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

Selamat Tinggal Dunia..
- Sekadar perkongsian..
Cukup lah kita sentiasa cari AIB orang. AIB kita Allah swt jua yang menilai.

Friday, December 13, 2013

What Is Wrong With Us

What Is Wrong With Us..???

● When We Feel Angry, We Scream Instead Of Doing Wudu..

● When We Feel Sad, We Cry To Our Friends Instead Of Crying To Allah...

● When We Feel Stressed, We Listen To Music Instead Of Listening To Quran....

● When We Feel Cheated, We Plan For Revenge Instead Of Having Patience...

● When We Feel Empty, We Go Watch A Movie Instead Of Doing Zikr Of Allah...

We Are Always Looking For Peace And Happiness AtThe Wrong Places..
May Allah Swt Guide Us Right Paath.. Ameen... 

Tuesday, December 10, 2013

Tazkirah bahagian 7 - Soalan bocor

SOALAN BOCOR DARI GURU TERCINTA

Telah sampai kepadaku sepucuk surat yang sangat baik isinya. Saya memanjangkannya ..... Semoga ia dimanfaatkan sebaiknya

Suratnya berbunyi

Seorang guru telah membocorkan soalan peperiksaan.... Dalam pada itu, masih ramai yang gagal dalam peperiksaan !!!

Guru ini telah membahagikan soalan-soalan peperiksaan yang bakal dihadapi oleh pelajar di dalam beberapa hari lagi. Guru itu juga telah memberitahu bahawa soalan yang ia berikan akan disoal di dalam peperiksaan. Soalannya hanya tujuh sahaja....

Kertas satu, tiga soalan dan kertas dua, empat soalan.

Guru itu telah menerangkan jawapan dan menekankan bahawa soalan yang bakal keluar adalah soalan yang telah ia berikan dan mengingatkan walaubagaimana keadaan pun, soalan dan jawapan tetap tidak akan bertukar.

Setelah guru beredar, para pelajar telah berpecah kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama, tidak percayakan cakap guru dan mereka tidak mengindahkan persediaan untuk menghadapi ujian tersebut.

Kumpulan kedua, membenarkan kata-kata guru. Mereka ini pula terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang membuat persediaan rapi untuk memasuki ujian. Satu kumpulan lagi, menangguhkan persiapan hingga ujian menjelang. Apabila ujian menjelang, mereka tidak mampu menjawab dengan baik.

Tahukah kita, siapakah guru gersebut ?

Guru tersebut adalah Nabi Muhammad SAW. Guru ini telah memperingatkan akan hal ujian yang sangat sedikit yang berjaya menjawabnya. Guru ini juga telah memudahkan urusan menjawab dengan membocorkan soalan ujian dan memberikan jawapannya sekali.

Soalan kertas pertama akan disoal di dalam kubur. Soalannya adalah, "Siapa Tuhan kamu?", "Apa agamamu ?" dan "Siapa Nabimu?"

Soalan-soalan yang ditanya adalah soalan yang sangat mudah dijawab, jika mereka berada di atas tanah. Apabila telah masuk ke dalam tanah, maka soalan tersebut adalah soalan yang sangat susah. Hanya mereka yang membuat persiapan rapi sahaja yang boleh menjawab dengan baik.

Kegelapan di dalam tanah, dalam keadaan berseorangan, benar-benar membuatkan seseorang hilang akal untuk menjawabnya.

ﻓَﻮَﺭَﺑِّﻚَ ﻟَﻨَﺴْﺄَﻟَﻨَّﻬُﻢْ ﺃَﺟْﻤَﻌِﻴﻦَ 0 ﻋَﻤَّﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻌْﻤَﻠُﻮﻥ

Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), Mengenai apa yang mereka telah lakukan.

Soalan kertas dua pula akan ditanya di Mahsyar.

Guru yang membocorkan soalan tersebut telah memberitahu kepada semua, "Tidak akan bergerak kaki seseorang pada hari kiamat (ketika perbicaraan) sehinggalah mereka ditanya tentang empat perkara, tentang waktu mudanya (ketika ia masih kuat) pada apakah ia habiskan (sia-siakan), tentang umurnya pada apakah yang telah ia gunakan, tentang hartanya dari sumber mana ia usahakan (halal atau haram) dan di manakah ia infaqkan (berpahala atau dosa), tentang ilmunyanya apakah yang telah ia amalkan".

Soalan yang sangat menakutkan. Ingatlah ! Kita semua akan ditanya di hadapan Allah SWT.

Ianya adalah soalan yang jelas dan mudah untuk dijawab jika mereka membuat PERSIAPAN rapi. Jawapannya adalah AMAL SOLEH. Adakah ia diterima ? Cukup beratkah ia ketika ditimbang untuk melepaskan kita dari neraka ? Bagaimana pula hak orang lain yang telah dizalimkan ?

Sesunguhnya orang mendapat taufiq adalah mereka yg diberi keizinan dan pertolongan untuk beramal. Mereka itulah orang yang PALING BAHAGIA.

Peperiksaan dunia dituai di dua tempat.
1. Di dunia. Jika gagal, ia masih boleh lagi diulang pada lain masa. Ia bukanlah kerugian yang sebenar.
2. Di akhirat. Jika gagal, ia adalah penyesalan yang tidak berkesudahan. Ia benar-benar sebuah KERUGIAN

ﻓَﺎﻋْﺒُﺪُﻭﺍ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺘُﻢْ ﻣِﻦْ ﺩُﻭﻧِﻪِ ۗ ﻗُﻞْ ﺇِﻥَّ ﺍﻟْﺨَﺎﺳِﺮِﻳﻦَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺧَﺴِﺮُﻭﺍ ﺃَﻧْﻔُﺴَﻬُﻢْ ﻭَﺃَﻫْﻠِﻴﻬِﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ۗ ﺃَﻻَ ﺫَٰﻟِﻚَ ﻫُﻮَ ﺍﻟْﺨُﺴْﺮَﺍﻥُ ﺍﻟْﻤُﺒِﻴﻦُ

"Maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)". Katakanlah lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata."

Semoga kita tidak lalai dengan ujian peperiksan akhirat dan semoga Allah SWT mengurniakan rezeki beramal dan teguh pendirian untuk membuat persiapan rapi secara istiqamah bagi menghadapi hari perbicaraan....

Tazkirah part 7

salam .....

utk diri sendiri...
Susahnya nak berhenti buat dosa.

kejadian kita melakukan dosa tiap2 hari. . Apalagi ambo... sangat banyak silap dalam hidup yg dah berlalu.

Banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, tidak mahu buat lagi...menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.

Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.

Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata “Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi“.

Ada pula yang berkata, “Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita“.

Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)

Tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.

Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.

wallahu a'lam

Friday, December 6, 2013

Tazkirah bahagian 6 - tanggungjawap sesama islam dan sesama manusia

Banjir; Apa kewajipan kita?
Oleh Dr Khairuddin at-Takiri

Banjir telah berlangsung hampir seminggu. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Kuantan dan Kemaman. Kuantan hampir lumpuh kerana banjir menenggelamkan hampir seluruh bandar Kuantan. Begitu juga Kemaman. Walaupun hari ini air di bandar Chukai sudah mulai surut namun kg Air Putih masih menyaksikan banjir dengan arus deras yang boleh mengancam nyawa.

Setakat semalam 6hb disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur  seramai 42, 626 telah dipindahkan.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera (61). Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Di Terengganu setakat semalam  jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
   
Bagaaimanakah sikap kita dalam menghadapi situasi banjir ini? Saya mencadangkan beberapa perkara berikut:

1. Bagi mangsa banjir banyakkanlah bersabar dengan sentiasa menyebut innalillahi wainna ilaihi raji'un sebagaimana diajar oleh al-Quran kepada mereka yang menghadapi musibah (rujuk surah al-Baqarah ayat 155-156). Mudah-mudahan mereka diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah menerusi musibah dan segera diganti oleh Allah dengan yang lebih baik sebagaimana sabit dalam beberapa hadis.

2. Mereka juga perlu banyak berdoa agar Allah lepaskan segera mereka daripada kedukacitaan ini dengan membaca doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw seperti

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ "
Cukuplah Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diri
Surah Aali Imran ayat 173

Amalkan Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri

3. Bagi bukan mangsa banjir inilah waktu kita menunjukkann keprihatinan terhadap mangsa banjir sebagai lambang ukhuwwah persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga. Dicubit peha kanan yang kiri juga terasa. Rasulullah saw adalah yang paling prihatin terhadap umat sehingga Allah gambar baginda sebagai "merasa berat ke atas dirinya apa yang kamu semua deritai". Rujuk surah al-Taubah 128.

4. mangsa banjir memerlukan sokongan moral. Maka marilah kita turun mengunjungi mereka dengan sekurang-kurangnya melemparkan senyuman kprihatinan dan tanya khabar yang pasti sahaja menggembirakan mereka. Nabi bersabda: sesiapa yang melepaskan satu kedukacitaan daripada saudaranya di dunia maka Allah kepaskan kedukacitaannya di hari Akhirat." Hadis riwayat Muslim

5. Mangsa banjir di kala ini memerlukan bantuan makanan, selimut, tikar, pakaian, pampers anak. Maka marilah kita segera hulurkan bantuan kewangan kepada mereka sama ada menerusi pelbagai pihak yang sedang mengumpulkan dana dan menyediakan kelengkapan atau dengan turun sendiri menemui penyelia pusat pemindahan dengam membawa bahan-bahan keperluan.

6. Bantuan untuk mereka tidak boleh terhenti setakat berakhirnya banjir malah mereka memerlukan bantuan untuk kembali bangkit untuk hidup kerana mereka telah kemusnahan harta benda yang banyak sama ada rumah, kenderaan, pakaian, alatan rumah dan dokumen rasmi. NGO-ngo kebajikan perlu merancang bantuan kewangan untuk mereka menghadapi sekurang-kurangnya sesi persekolahan baru.

Moga banjir yang berlaku memeberi hikmah yang besar. Moga musibah ini membawa kita semua kembali kepada Allah. Moga doa mangsa banjir dan kita semua kepada Allah serta keprihatinan kita terhadap mangsa banjir diganti oleh Allah dengan keberkatan hidup untuk rakyat Malaysia.

Allahu Akbar. Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.

YB Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tazkirah part 5

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
��Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
✅Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
✅kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
✅tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.������

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
ke satu perjalanan yang jauh.
yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
sesungguhnya mati itu benar.
Alam kubur itu benar, Hisab itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar...
>Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kan dan selamat beramal.

Angka 5 dalam islam

✅ Angka 5 dalam Islam;
 5 waktu solat fardhu yang WAJIB didirikan.
 5 Rukun ISLAM.
 5 hukum syariah Islamiah; Wajib,Haram,Sunat,Makruh & Mubah (harus).
 Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara; masa sihat sblm sakit; masa kaya sblm sempit (miskin); masa lapang sblm sibuk; masa muda sblm tua & masa hidup sblm datangnya mati.
 5 peperangan besar dalam ISLAM;
√ Perang Badar
√ Perang Uhud
√ Perang Khandak
√ Perang Muktah
√ Perang Hunain
 5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI
✔ Nabi Nuh a.s
✔ Nabi Ibrahim a.s
✔ Nabi Musa a.s
✔ Nabi Isa a.s
✔ Nabi Muhammad SAW
 5 Perkara yang WAJIB disegerakan.
1) Wajib menyegerakan memberi makan apabila tetamu datang kerumah.
2) Wajib menyegerakan urusan keatas jenazah.
3) Wajib menyegerakan mengahwinkan anak perempuan jika telah baligh.
4) Wajib menyegerakan membayar hutang jika telah datang waktu untuk membayarnya.
5) Wajib menyegerakan TAUBAT atas pelbagai dosa yang dilakukan.
 5 Dosa Besar yang paling Utama; Syirik kepada Allah,Derhaka kepada kedua ibubapa,Meninggalkan Solat Fardhu,Memakan Harta Anak Yatim,membunuh jiwa yang diharamkan Allah & terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.
 5 perkara yang dicintai dan melupakan 5 perkara yang lain di Akhir Zaman..
 Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
 Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
 Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
 Mencintai Gedung-gedung & Melupakan Kubur.
 Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni
Allah s.w.t

Thursday, December 5, 2013

Tazkirah part 4

Salam.... السلام عليكم ورحمة الله
molek utk dikongsi bersama.

Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg  membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.....

Popular Posts