Monday, November 11, 2013

Kisah Sayyidina Ali dan Sedaqah

Kisah Sayyidina Ali dan Sadaqah.....
Suatu hari , Sayyidatina Fatimah memberikan 6 dirham kepada Sayyidina Ali hasil dari kerjanya utk dibelikan makanan untuk anak-anaknya....
Maka Ali pun keluar ke pasar... Dalam perjalanannya, bertemu dgn seorang tua miskin meminta sedeqah dari beliau.  Maka diberikanya semua 6 dirham kepada pakcik tua itu.
Ali pulang dgn tangan kosong. Bertanya Fatimah, kenapa tiada apa apa yang dibawa balik? Telah ku sedeqahkan kesemua dirham kpd org tua yg sangat memerlukan...
Fatimah membenarkan tindakan suaminya yg tercinta. Kemudian Ali keluar lagi, mencari kerja utk mendapat duit sediham dua utk makanan anak nya.
Berjumpa beliau dgn seorang badwi.. Aku ingin menjual unta aku ini kepadamu wahai Ali dgn harga 300 dirham.
Aku tiada berduit, jawab Ali. Tak mengapa, aku tetap ingin menjual nya kepada mu, bila kau berduit , bolehlah kau bayarkan kepada ku kemudian hari, tegas si badwi...
Sayyidina Ali pun bersetuju, dibawa pulang unta itu. Ditengah perjalanan, bertemu dgn seorang lelaki. Wahai Ali, cantik unta kau, kebetulan aku ingin membeli unta pada hari ini, jualkannya pada ku....
Betul, aku baru sahaja membelinya dari seorang badwi secara hutang.
Aku akan bayar dgn harga 600 dirham padamu... Allahuakbar... Diberikan sedeqah 6 dirham pada pagi hari, dipetang hari Allah memberinya balik 300 dirham...
300 dirham dibayar kpd badwi, 300 digunakan utk belanja....
Begitulah kuatnya keyakinan Sayyidina Ali pada Allah...
Kita ditahap mana?.... Wallahua'lam
Kari kita beramal....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts